Salah satu fungsi menarik apabila menggunakan Mac OS X adalah terminal. Mac OS X menggunakan standard UNIX command. Jadi kita boleh mencuba beberapa command asas Unix juga.
Terdapat satu situasi di mana kita perlu membuat backup iPhoto Library kerana kita risau hard disk MacBook ini akan crash pada bila-bila masa sahaja. Salah satu cara membuat backup adalah membuka folder dan burn ke dalam DVD atau copy ke dalam external hard disk.
iPhoto Library tidak boleh dibuka begitu sahaja kerana ianya telah disembunyikan oleh Mac OS. Di dalam folder tersebut terkandung segala gambar asal, gambar yang telah diubahsuai dan sebagainya. Oleh yang demikian folder tersebut disembunyikan. Kita boleh membuka secara manual folder tersebut menggunakan Unix command.
Hidden folder tersebut terletak di Hard Disk > Users > NamaUser > Pictures > iPhoto Library. Begitulah kiranya path tersebut. Cara untuk membuka folder iPhoto Library adalah dengan drag folder tersebut ke dalam ‘terminal’.
- Buka “Terminal” dan taip cd dan jarak satu space.
- Drag folder iPhoto Library ke terminal.
- Setelah itu untuk listkan folder taip ls -l
- List Folder akan terpapar dan katakan pilih folder “Originals”. Pada terminal taipkan open Originals (Pastikan tiada tanda “/” selepas nama folder)
- Satu folder akan terbuka dan terpapar senarai gambar “Originals”. Folder ini boleh di “copy” atau burn ke dalam DVD atau CD.
Nota:
Folder “Originals” bermaksud gambar original tanpa ubahsuai yang kita lakukan sewaktu menggunakan iPhoto.
Folder “Modified” bermaksud gambar yang telah diubahsuai menggunakan perisian iPhoto seperti menghilangkan kesan “red-eye”, crop dan lain-lain.
Selamat mencuba
!











