Beberapa hari lepas kita telah mencuba Google Chrome dari google. Teringat zaman internet pada ketika itu tahun 1998 menggunakan perisian Netscape Navigator dan kemudian menggunakan juga Internet Explorer. Zaman sudah berubah dan browser juga telah berubah. Sebenarnya bukan browser yang berubah tetapi pengguna browser yang berubah. Bak kata penyanyi Stacy “Kenapa bah kau berubah….kenapa bah”. Itulah hakikatnya. Pengguna mencari yang terbaik kerana sifat semulajadi manusia memang begitu. Sentiasa mencari yang terbaik.
Berbalik kepada browser Google Chrome kita telah pun menggunakannya sewaktu pelancaran Google Chrome, tetapi pada masa itu tiada lagi untuk Mac OS. Pengalaman menggunakannya pada Windows XP pun sudah mengujakan tetapi ada beberapa website yang tidak dipapar dengan baik dan menyebabkan kita masih menggunakan Mozilla Firefox sebagai pilihan utama.
Terbaca entri-entri menarik di facebook, terdetik pula untuk menggunakan Google Chrome. Maklumlah Google Chrome kini sudah pun ada untuk Mac OS X dan sudah agak lama juga diperkenalkan. Kita juga membayangkan Google Chrome sudah tentu membuat penambahbaikkan. Sekiranya menggunakan Mac OS X ni memang mudah untuk memasang dan boleh dikatakan kebanyakan perisian Mac pun hampir sama sahaja cara pemasangannya. Caranya adalah hanya drag icon ke dalam folder application. Itu sahaja dan tunggu sehingga proses ‘copy’ selesai.

Setelah memasang Google Chrome kita mendapati apabila ‘tab’ baru dibuka, “CPU Process”pun bertambah tidak seperti menggunakan Mozilla Firefox dimana setiap kali tab baru dibuka, jumlah keseluruhan CPU process dikira sebagai total. Lihat screenshot berikut untuk melihat dengan lebih lanjut. Kit pun tidaklah pandai sangat menghuraikan istilah tersebut. Pada pandangan kita memang wajarlah Google Chrome lebih ‘ringan’ berbanding Firefox. Untuk Windows tidak pasti tentang ‘CPU Process’nya bagaimana.

Paling menarik adalah fungsi loading yang agak pantas berbanding firefox, lebih ringan, mempunyai thumbnail pada website terakhir yang kita buka. Kita rasa ingin terus menggunakan Google Chrome buat masa ini.










