Salah satu fungsi menarik apabila menggunakan Mac OS X adalah terminal. Mac OS X menggunakan standard UNIX command. Jadi kita boleh mencuba beberapa command asas Unix juga.
Terdapat satu situasi di mana kita perlu membuat backup iPhoto Library kerana kita risau hard disk MacBook ini akan crash pada bila-bila masa sahaja. Salah satu cara membuat backup adalah membuka folder dan burn ke dalam DVD atau copy ke dalam external hard disk.
iPhoto Library tidak boleh dibuka begitu sahaja kerana ianya telah disembunyikan oleh Mac OS. Di dalam folder tersebut terkandung segala gambar asal, gambar yang telah diubahsuai dan sebagainya. Oleh yang demikian folder tersebut disembunyikan. Kita boleh membuka secara manual folder tersebut menggunakan Unix command.
Hidden folder tersebut terletak di Hard Disk > Users > NamaUser > Pictures > iPhoto Library. Begitulah kiranya path tersebut. Cara untuk membuka folder iPhoto Library adalah dengan drag folder tersebut ke dalam ‘terminal’.
- Buka “Terminal” dan taip cd dan jarak satu space.
- Drag folder iPhoto Library ke terminal.
- Setelah itu untuk listkan folder taip ls -l
- List Folder akan terpapar dan katakan pilih folder “Originals”. Pada terminal taipkan open Originals (Pastikan tiada tanda “/” selepas nama folder)
- Satu folder akan terbuka dan terpapar senarai gambar “Originals”. Folder ini boleh di “copy” atau burn ke dalam DVD atau CD.
Nota:
Folder “Originals” bermaksud gambar original tanpa ubahsuai yang kita lakukan sewaktu menggunakan iPhoto.
Folder “Modified” bermaksud gambar yang telah diubahsuai menggunakan perisian iPhoto seperti menghilangkan kesan “red-eye”, crop dan lain-lain.
Selamat mencuba
!
Tags: Mac OS X, Unix Command
Category mac os x |
Artikel ini ditulis untuk menyelesaikan situasi Mac OS X tidak boleh print atau preview dan menyebabkan browser seperti Mozilla Firefox crash. Situasi ini berlaku setiap kali cubaan untuk print dibuat. Berikut merupakan error tersebut.

Setelah mencari beberapa forum di internet, kita terjumpa penyelesaian paling mudah untuk situasi ini. Laman web tersebut menyarankan supaya delete folder pada Library > Printers > Lexmark > PDEs. Kita juga boleh rename file tersebut kepada nama yang lain seperti x-PDEs sahaja. Situasi tersebut telah dapat atasi didapati dari link di sini.
Category mac os x, software |
Beberapa hari lepas kita telah mencuba Google Chrome dari google. Teringat zaman internet pada ketika itu tahun 1998 menggunakan perisian Netscape Navigator dan kemudian menggunakan juga Internet Explorer. Zaman sudah berubah dan browser juga telah berubah. Sebenarnya bukan browser yang berubah tetapi pengguna browser yang berubah. Bak kata penyanyi Stacy “Kenapa bah kau berubah….kenapa bah”. Itulah hakikatnya. Pengguna mencari yang terbaik kerana sifat semulajadi manusia memang begitu. Sentiasa mencari yang terbaik.
Berbalik kepada browser Google Chrome kita telah pun menggunakannya sewaktu pelancaran Google Chrome, tetapi pada masa itu tiada lagi untuk Mac OS. Pengalaman menggunakannya pada Windows XP pun sudah mengujakan tetapi ada beberapa website yang tidak dipapar dengan baik dan menyebabkan kita masih menggunakan Mozilla Firefox sebagai pilihan utama.
Terbaca entri-entri menarik di facebook, terdetik pula untuk menggunakan Google Chrome. Maklumlah Google Chrome kini sudah pun ada untuk Mac OS X dan sudah agak lama juga diperkenalkan. Kita juga membayangkan Google Chrome sudah tentu membuat penambahbaikkan. Sekiranya menggunakan Mac OS X ni memang mudah untuk memasang dan boleh dikatakan kebanyakan perisian Mac pun hampir sama sahaja cara pemasangannya. Caranya adalah hanya drag icon ke dalam folder application. Itu sahaja dan tunggu sehingga proses ‘copy’ selesai.

Setelah memasang Google Chrome kita mendapati apabila ‘tab’ baru dibuka, “CPU Process”pun bertambah tidak seperti menggunakan Mozilla Firefox dimana setiap kali tab baru dibuka, jumlah keseluruhan CPU process dikira sebagai total. Lihat screenshot berikut untuk melihat dengan lebih lanjut. Kit pun tidaklah pandai sangat menghuraikan istilah tersebut. Pada pandangan kita memang wajarlah Google Chrome lebih ‘ringan’ berbanding Firefox. Untuk Windows tidak pasti tentang ‘CPU Process’nya bagaimana.

Paling menarik adalah fungsi loading yang agak pantas berbanding firefox, lebih ringan, mempunyai thumbnail pada website terakhir yang kita buka. Kita rasa ingin terus menggunakan Google Chrome buat masa ini.
Category mac os x, software |